Tugas Pengapit Sebelum & Semasa Majlis

2 min read

Cover Image for Tugas Pengapit Sebelum & Semasa Majlis

Tugas Sebelum Majlis

Kalau korang malas baca boleh tgk video tiktok kami ni. Klik Sini

1. Baju Pengapit

Memilih baju pengapit adalah tugas awal yang penting. Ia bukan hanya tentang menyesuaikan dengan tema, tetapi juga menghormati keinginan pengantin. Jangan main redah je. Tanya pengantin dulu:

  • Baju disediakan ataupun tidak?

  • Baju kena tempah sendiri, sewa ke beli?

  • Nak pakai Baju Melayu ke, kemeja ke, atau style lain?

  • Kalau Baju Melayu, pilih la Teluk Belanga ke, Cekak Musang ke.

2. Fahamkan Tentatif Majlis

Kena paham flow majlis dari start sampai habis. Macam, korang kena tahu bila nak posing time photoshoot. Ni semua untuk elakkan kekecohan dan bagi pengantin chill.

3. Fahamkan Adat Pasangan Pengantin

Setiap pasangan ada adat tersendiri. Contohnya, dalam adat Melayu, ada ritual macam merenjis atau membatalkan pelamin. Jadi, korang sebagai pengapit kena la hormat dan ikut adat tu. Kalau di Johor pula femes dengan adat Tol bagi pihak perempuan. Korang yang jadi pengapit jangan lupa standby sampul duit siap-siap pulak.

Tugas Semasa Majlis

Kalau korang malas baca boleh tgk video tiktok kami ni. Klik Sini

1. Always Ada Dengan Pengantin

Korang kena sentiasa ada dekat dengan pengantin. Macam bayang-bayang je. Bila pengantin nak bergerak, korang pun bergerak.

2. Jaga Barang Penting Pengantin

Simpan dan jaga barang penting macam telefon, dompet, dan dokumen pengantin. Ni supaya diorang boleh fokus enjoy hari bahagia diorang.

3. Alert Dengan Cue

Kena alert dengan segala cue dan perubahan dalam majlis. Contohnya, korang kena standby bila sampai masa untuk acara potong kek.

4. Share Nombor Korang Dengan Keluarga Pengantin

Bagi nombor telefon korang dekat keluarga pengantin. Ni supaya diorang boleh contact ke WhatsApp korang kalau ada apa-apa hal.

5. Join Makan Beradab Jika Perlu

Kalau tak cukup orang atas meja pengantin, korang kena join makan beradab. Ni supaya meja nampak penuh dan meriah. Tapi ni atas persetujuan pengantin dan keluarga, jangan korang memandai-mandai pulak.

6. Jadi Driver Pengantin

Jadi pemandu untuk pengantin kalau perlu. Contohnya, bawak diorang pergi photoshoot ke, ke venue lain ke. Korang dengar je la arahan Raja Sehari korang tu ya.

Kesimpulannya...

So, sebagai pengapit, korang memainkan peranan penting dalam majlis kawen. Jadi, jom la buat yang terbaik! Nak kawen? Kawenlah!

KAWENLAH
Senang je kan?
So...... jomlah kawen!
Sabarlah jap weh,
sebelum keluar tengok2 lah dulu
© 2024 Kawenlah Enterprise. All Rights Reserved.