Perlu Ke Majlis Merisik pada tahun 2024?

2 min read

Cover Image for Perlu Ke Majlis Merisik pada tahun 2024?

Pada yang suka video.

Kalau korang malas baca boleh tgk video tiktok kami ni. Klik Sini

Perlu ke Majlis Merisik pada tahun 2024

Pada zaman sekarang, hampir semua maklumat boleh dapat di media sosial, tetapi adat merisik masih ni ada tempatnya.

Zaman dulu pula, merisik penting sebab kita tak tak ada cara lain yang lebih "halus" untuk tahu latar belakang seseorang.

Majlis merisik ni dapat membantu pihak lelaki terutamanya, untuk menyiasat status dan latar belakang pihak perempuan, untuk memastikan dia sama ada dia masih single atau tidak, sebelum meneruskan langkah yang seterusnya.

Apa itu majlis merisik?

Majlis merisik adalah tradisi yang penting dalam budaya Melayu terutamanya, bertujuan untuk membolehkan pihak lelaki menanyakan secara rasmi tentang status perempuan yang ingin dipinang.

Dalam majlis ini, keluarga lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan untuk bertanya secara halus dan sopan jika tiada calon lain dalam hidupnya. Ini adalah langkah awal dalam proses perjodohan yang lebih besar, yang mungkin diikuti dengan pertunangan jika kedua pihak bersetuju.

Tradisi ini juga menunjukkan penghormatan terhadap keluarga perempuan dan memelihara nilai-nilai adat.

Masih perlu ke Majlis Merisik?

Jawapannya bergantung pada situasi dan pilihan individu.

Kalau buat pun tak ada masalah, tak buat pun boleh je.

Namun, yang penting sebelum membuat keputusan, kita perlu berbincang dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak yang terlibat.

Walaupun teknologi telah banyak berubah cara kita berinteraksi, mengamalkan adat merisik adalah cara kita memelihara tradisi dan memastikan ia tidak dilupakan sepanjang zaman.

Semoga urusan anda dipermudahkan. Kalau nak kawen - Kawenlah!

KAWENLAH
Senang je kan?
So...... jomlah kawen!
Sabarlah jap weh,
sebelum keluar tengok2 lah dulu
© 2024 Kawenlah Enterprise. All Rights Reserved.